Wednesday 25 February 2015

Renovate Hati untuk Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Hati. Satu organ dalam tubuh badan manusia yang sangat istimewa. Ia adalah raja kepada tubuh badan, yang mengarahkan setiap perbuatan harian kita. Ibaratkan tubuh badan ini adalah sebuah negara/kerajaan dan hati adalah rajanya jika baik raja tu maka baiklah pentadbiran sesebuah kerajaan itu begitu juga sebaliknya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


Apa rupa hati yang rosak?

antara tanda-tanda hati yang rosak..saya kongsikan 4 sahaja di sini.

1. Mengaku kenal Allah tapi tidak menunaikan hakNya.
Seseorang yang mengaku tiada Tuhan selain Allah tetapi tidak menunaikan hak-hak Allah. dengan erti kata lain tidak mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Dia percaya Allah itu wujud tetapi enggan menunaikan solat, tidak membayar zakat, bersikap zalim terhadap manusia dan makhluk lain dan gemar melakukan maksiat.

2. Mengaku cinta Rasulullah tapi meninggalkan sunnah.
Seseorang yang mengaku cinta pada Rasulullah tetapi tidak mengikut sunnah Baginda. Antara sunnah-sunnah yang mudah tapi sering di abaikan : makan dengan tangan kanan, duduk ketika minum, langkah kanan masuk masjid dan kiri apabila keluar. Perkara-perkara ini mungkin nampak remeh tetapi ini yang Rasulullah ajar kepada kita..(bukan susah pon nak ikot kan ;) )

3. Baca Al-quran tapi tidak memahami maksud dan beramal denganya.
Amalan membaca Al-quran itu memang baik tapi bukankah lagi baik bila kita paham maksud dalam Al-quran tu dan mengamalkannya dalam kehidupan kita. Nak memahami Al-Quran juga perlu berguru. Rujuklah dengan alim ulama yang sudah bertahun mempelajari Al-Quran.

4.Yakin mati itu pasti tapi tidak bersedia untuk menghadapinya.


Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.Al Anbiya': 35
mati itu pasti but are you ready? Masalah golongan muda marcapada ini  sering beri alasan yang mengatakan mereka masih muda perlu enjoy dulu nanti dah tua berubah lah..persoalannya yakin kah kita akan hidup hingga zaman tua? Ajal itu datang tanpa notice tanpa isyarat .bila-bila sahaja Izrail boleh datang untuk menarik nyawa kita..Oleh itu lengkapkan lah diri di dunia ini kerana ia hanya tempat persinggahan yang sementara untuk destinasi terakhir di akhirat sana.




Ada simptom-simptom hati rosak? Apa nak buat? 

1.Lakukan solat malam (Tahajjud)
Apabila selesai semua ibadah2 wajib ambil la masa malam kita untuk bangun melakukan ibadah sunat iaitu tahajjud..Antara waktu terbaik untuk tahajjud adalah pukul 3 pagi keatas ketika semua makhluk senang lena di buai mimpi bangunlah dan dirikan solat..Bercakap dan mengadulah pada Allah tentang masalah kita..sesungguhnya doa ketika solat malam itu ibarat panah yang tepat pada sasaran..sentiasa topup amalan kita dengan ibadah2 sunat..

2.Perbanyakkan puasa
 Dah selesai lakukan tahajjud bersahurlah untuk melakukan ibadah seterusnya iaitu berpuasa sunat..Puasa adalah benteng untuk melawan nafsu..buat la puasa sunat isnin dan khamis jadi kan ia sebahagian dari rutin hidup dengan niat agar ia dapat memberi kita kekuatan untuk melawan hawa nafsu insyaAllah.

3.Baca Al-Quran dan pahamkan maksudnya

Selepas seharian berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari teruskan lagi amalan sunat kita iaitu mengaji Al-quran..Antara masa yang sesuai untuk membaca Al-quran adalah selepas solat maghrib..Biasakan diri selepas selesai solat duduk di dalam masjid dan bacalah Al-quran dengan tafsirnya..Amalkan paling kurang sehari 1 mukasurat dengan tafsir sekali..

Dari shahabat An-Nawwas bin Sam’an Al-Kilabi radhiallahu ‘anhu berkata : saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Akan didatangkan Al-Qur`an pada Hari Kiamat kelak dan orang yang rajin membacanya dan senantiasa rajin beramal dengannya, yang paling depan adalah surat Al-Baqarah dan surat Ali ‘Imran, keduanya akan membela orang-orang yang rajin membacanya.”[HR. Muslim 805]

Dalam hadith ni Rasulullah memberitahu tentang 2 perkara:

1- rajin membaca Al-quran
2- rajin beramal dengan Al-quran

dan pada hari perhitungan al-quran 2 surah pertama iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali'Imran akan menjadi pembela kepada mereka yang rajin membaca dan beramal dengannya.

4.perbanyakkan zikir

Amalan zikir kita boleh lakukan bila2 masa sepanjang hari kita..contoh waktu petang kita keluar beriadah berjogging..dalam setiap langkah kita jogging tu biasakan berzikir di dalam hati..1 lap 1 jenis zikir lap pertama subhanaAllah lap ke-2 Alhamdulillah lap ke-3 Allahuakbar..Ni orang kata sambil menyelam minum air malah lagi baik..sambil menyihatkan tubuh badan kita membersihkan hati..Sambil bawa kereta boleh berzikir andai kata kita kemalangan nauzubillahminzaliq sekurang-kurangnya kata2 terakhir kita adalah pujian2 pada Allah..Perbanyakkan bertasbih dan berzikir kepada Allah agar hati menjadi tenang..Seluruh alam berzikir dan bertasbih kepada Allah apa alasan kita untuk tidak berzikir kepada Allah?..Apa bukti zikir dapat menenangkan hati?..Laut, angin, tumbuhan dan haiwan semua bertasbih..buktinya antara suasana pasar malam dengan suasana tepi laut mana yang menenangkan kita? jawapannya mestilah laut kan kalau anda rasa suasana pasar tu menenangkan anda maka anda sangat unik saranan saya pergi berjumpa doktor takut ade sel yang x berhubung XP...Berbalik pada soalan kenapa rasa tenang apabila berada di tepi laut rasa tenang apabila angin bayu meniup ke muka..Ini kerana mereka sedang berzikir dan bertasbih kepada Allah kita turut merasakan ketenangan tu..Tuntasnya perbanyakkan zikir agar hati kita menjadi tenang..

4.Bergaul dengan orang soleh
Apabila selesai kerja dunia kita hadirkan diri ke taman2 syurga iaitu majlis2 ilmu..Macam mana nak tahu orang tu soleh atau x? Hati manusia berbeza bukan tugas kita untuk melabel seseorang itu soleh ataupon x..tetapi  lihat la perbuatan, percakapan dan pemakaian mereka adakah berlandaskan sunnah nabi dan yang di ajar dalam islam..Kalau seseorang tu selalu keluar pergi ke pusat hiburan solehkah dia? Hakikatnya kita boleh menilai dengan mata sendiri tapi iringi dengan kata hati..lebih selamat bergaul dengan ustaz ataupon golongan veteran di masjid atau surau berdekatan rumah anda..

anatara hadith femes tentang memilih kawan..

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” (Riwayat Abu Daud)


Sebagai kesimpulannya kita manusia tidak ada yang sempurna tidak terlepas dari melakukan dosa..jadi sama2 kita memperbaiki hati mempertingkatkan kualiti ibadah sebelum menambah kuantiti..Atur langkah satu persatu persis menaiki tangga kita boleh lompat terus 3 atau 4 anak tangga tapi kebarangkalian untuk jatuh semula lagi tinggi jadi aturkan langkah mu..semoga kita di golong dalam kalangan orang yang mendapat redha Allah..

jumpe lagi ;D
pergi ke sawah menuai padi,
padi di proses menjadi beras,
perbaiki diri bersihkan hati,
peliharanya sebelum keras,

Wallahualam.

segala yang baik datang dari Allah dan segala kekhilafan disandarkan pada diriku yang masih belajar membaiki diri .








No comments:

Post a Comment