Wednesday 11 March 2015

Motivasi Masyarakat : Dakwah satu business


Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

"dakwah ini satu business"..kenapa saya kata begitu? apa persamaan dakwah dan business? Seperti sebuah business dakwah pon perlu ada 'niche' iaitu satu topik/subjek dan ada target audience/customer..
kenapa forum baitul muslim atau forum sebelum aku bernikah lagi ramai remaja yang menjadi audience compare to ceramah di surau2 dan masjid?
sebab padan dengan fitrah jiwa remaja yang suka bila dengar the word 'nikah' dan perkara yang berkaitan pernikahan. Ketika peringkat remaja ini lah hati mula berbunga-bunga. Jadi tidak hairanlah yang selalu dapat D bahasa melayu pon boleh jadi handal berkata-kata puitis. 

Dalam konteks dakwah untuk remaja ini niche yang sesuai untuk menarik  mereka datang ialah subjek-subjek yang berkaitan kahwin dan jodoh. Ramai mempersoal 'kenapa citer soal jodoh dan kahwin je sedangkan belajar pon belum habis'. Jadi saya bagi analogi di sini, kalau nak pujuk budak kecil mesti kita akan bagi sesuatu yang dia suka macam gula2 or mainan baru lah dia akan ikot betul tak? p/s (saya bukan mengajar culik budak :p ). Budak kecil itu ibarat remaja manakala mainan dan gula2 itu ibarat niche iaitu sesuatu yang mereka suka. Mereka mahukan sesuatu yang mereka nak baru lah mereka akan dengar dan patuh. Tahap pemikiran manusia berbeza-beza , mungkin ada yang datang dari keluarga yang berlatar belakang yang kuat didikan agama tetapi ada juga yang tidak. Maka expect bayi yang baru lahir  boleh terus berlari. Dakwah itu haruslah di lakukan secara berperingkat dan berhikmah.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah 

dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara 

yang baik.” (surah An-Nahl, 16: 125)




Solusi
Gunakan niche baitul muslim sebagai satu platform untuk membuka minda remaja. Bagi saya forum baitul muslim adalah sangat baik untuk membuka minda para remaja. Perbincangan dalam forum seperti ini sering menitik berat kan tentang persiapan diri iaitu untuk membentuk satu individu muslim (fardhu muslim) sebelum dia berbaitul muslim. Oleh itu, secara tidak langsung seseorang itu akan memperbaiki dirinya sendiri untuk memenuhi 10 muwafasat tarbiyah. Ini secara tidak langsung akan membentuk individu muslim yang mantap dari sudut akhlak,ibadah dan aqidah.


macam mana nak bina masyarakat muslim kalau sesama muslim sendiri bertengkar? Antara kata Imam Malik bin Anas "sesungguhnya aku ini tidak lain melainkan manusia, boleh jadi aku salah dan boleh jadi aku benar. Maka dari itu, hendaklah kamu memerhatikan pendapatku. Tiap-tiap yang sesuai dengan kitab Allah dan sunnah, kamu ambillah dia dan tiap-tiap yang tidak sesuai dengan kitab dan sunnah, kamu tinggalkanlah dia." Oleh itu, anda tak perlu bersetuju dengan pandangan saya. Masih banyak lagi solusi yang boleh kita implimentasikan untuk menyampaikan dakwah terutama para belia. Tuntasnya, dakwah itu adalah satu business yang memberi ganjaran pahala untuk kita membeli syurga. Gunakan niche terbaik untuk golongan yang bersesuaian agar dakwah itu lebih mudah untuk disampaikan.Saya doakan semua selamat sejahtera, Moga kita termasuk dalam golongan yang mendapat redha Allah insyaAllah.

Segala yang baik datang dari Allah dan khilaf itu disandarkan kepada diri saya sendiri yang masih membaiki diri. Semoga bermanfaat untuk semua dan moga kita di masuk kan ke dalam golongan yang mendapat redha-Nya InsyaAllah.


Muhammad Khairul Nizzam Bin Samsudin
Ketua Unit Motivasi
Lajnah Akademik Rakan Masjid









Promote sikit hehe :p














Saturday 28 February 2015

Motivasi Diri : Aku seorang superhero

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

          Pernah tak zaman kanak2 dulu anda teringin untuk menjadi seorang superhero atau dalam bahasa melayu nya adiwira? Mempunyai kuasa boleh terbang dan  kuat persis superman.. ataupun mempunyai kuasa seakan-akan lelabah seperti spiderman..Mesti pernah bukan? Perkara seperti ini normal pada kanak2 kerana mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi..Tetapi persoalan saya kenapa apabila meningkat dewasa kita hilang rasa teringin menjadi superhero itu? Adakah kerana perkara seperti itu tidak lagi relevan untuk di pikirkan di benak fikiran manusia yang sudah dewasa? Well i'm here to tell you guys that you are wrong!!..We are all superheroes of Islam..Tidak kira pekerjaan,umur,gender dan status asalkan kita seorang yang bergelar muslim/muslimah yang beragama islam kita wajib berjuang menyampaikan dakwah..Apa kaitan dakwah dengan superhero? Tugas seorang superhero adalah untuk menjaga keamanan dan keselamatan dunia atau tempat tinggalnya..Amsalnya Batman yang menjaga Gotham City atau Spiderman yang menjaga New York City..Mereka bertugas di kawasan tertentu seperti tempat tinggal mereka..Begitu juga kita yang di lantik sebagai daie haruslah mencegah kemungkaran dan menyebarkan kebaikan di kawasan tempat tinggal kita..Walaubagaimanpun dakwah pertama yang perlu dilakukan adalah dakwah kepada Hati yakni diri kita sendiri dengan Tarbiyah Dzatiah.

Bagi membina seorang superhero yang jitu..seseorang itu perlu melahirkan tarbiyah yang sempurna dengan berpaksikan 3 perkara.

1. Tarbiyah Fardiah : tarbiyah perseorangan antara seorang murabbi kepada seorang mutarabbi


2. Tarbiyah Jama'iah : tarbiah secara berkumpulan. Tamsilannya liqa' usrah, daurah mukhayyam dan sebagainya.


3. Tarbiyah Dzatiah : tarbiah seseorang terhadap dirinya sendiri dalam pelbagai cara dan bentuk untuk membina fardhu muslim( individu muslim).

Dalam blog kali ni saya cuma fokus kepada tarbiyah dzatiah dan bagaimana ia dapat membantu menjadikan seseorang itu 'super' muslim..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung."

(Al-Ma'idah: 35)
Kenapa perlu ada tarbiah Dzatiah? Seperti setiap superhero pasti ada super villain, Kalau Batman ada Joker dan Spiderman ada Green Goblin.Begitu juga kita yang sentiasa bertarung dengan musuh dalam diri kita iaitu godaan syaitan dan nafsu.Oleh itu, tarbiah dzatiah sangat penting dalam membuat persediaan diri untuk melawan musuh dalam diri kita sendiri sebelum musuh yang berdiri di hadapan kita.

"Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya;
dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
[al-Baqarah 2:208]

Hero Vs Superhero
What is the difference between a hero and a superhero? Apa beza nya, tambah 'super' je lah kan? Apabila di sebut hero yang terlintas di benak fikiran kita mestilah seorang yang gagah dan berani..betul? Jadi kalau superhero mestilah seseorang yang super gagah dan super berani lagi..kan kan? Jika begitu pastinya semua mahu menjadi superhero..sebab lebih dari yang biasa..Sekarang bila saya membawa perkataan 'muslim/muslimah' apa yang terlintas di fikiran anda? Secara ringkas kita boleh definisikan muslim adalah seseorang mengamalkan ajaran islam, mematuhi perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Jadi apabila seseorang itu bergelar muslim/muslimah pastilah dia menunaikan solat 5 waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan melakukan semua perkara fardhu lain yang di tuntut islam. Di sini saya perkenalkan istilah baru iaitu 'Super Muslim'. Definisinya sama seperti definisi seorang muslim tetapi yang membezakan mereka adalah seorang melakukan ibadah dengan biasa dan seorang yang melakukan ibadah dengan super.Ibadah2 super ini adalah contoh tarbiah dzatiah.


Ciri-ciri Super Muslim
Menambah amalan dengan melakukan ibadah2 sunat.
1.melakukan solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat.
2.mengamalkan solat dhuha.
3.Qiamualail (bangun malam untuk beribadah) di jadikan rutin.
4.Berpuasa sunat isnin dan khamis.

5.Al-mathurat di jadikan amalan selepas subuh dan asar.
6.Membaca Al-quran setiap hari serta memahami maksud.
7.Lidah yang sentiasa berzikir memuji Allah.

8. Rajin bersedekah.
9. sentiasa bermuhasabah diri sebelum tidur.

10.Bertaubat untuk tidak melakukan dosa besar lagi.

“Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu dua rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat sesudah Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan dua rakaat sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
InsyaAllah dalam blog yang akan datang saya akan terangkan lagi mendalam tentang ibadah2 sunat yang saya nyatakan :)

Kepentingan menjadi seorang Super Muslim

Apabila terbentuknya individu2 super muslim ini maka secara tidak langsung membentuk Farhu muslim ataupun individu muslim. Seterunya, apabila 2 super muslim/muslimah yakni 2 individu muslim bernikah maka terbentuklah Baitul Muslim( keluarga Muslim) iaitu keluarga yang mengamalkan ajaran islam secara holistik atau menyeluruh. Apabila terbina banyak Baitul Muslim maka terbentuklah Mujtama' Muslim( masyarakat Muslim) masyarakat yang mengamalkan islam. Akhir sekali apabila terbentuk Mujtama' Muslim di setiap kampung, taman, zon, daerah dan negeri maka terbinalah Daulah Islamiah (negara islam) negara yang berlandaskan pentadbiran islam dan menjalankan hukum2 islam.

Fardhu Muslim -> Baitul Muslim -> Mujtama' Muslim -> Daulah Islamiah.

Oleh itu, sangat penting membina seorang super muslim bermula dengan diri sendiri dahulu melalui tarbiah dzatiah bagi membina sebuah negara islam. Its starts with you! Anda pencorak masa depan. Marcapada ini masyarakat sering memberi alasan bahawa dakwah itu bukan kerja mereka sebaliknya kerja ustaz2 dan para ulama' sedangkan Allah berfirman dalam Al-quran.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
 (Ali Imran: 104)


Setiap manusia yang melafazkan kalimah syahadah 

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah).
maka secara automatik menjadi daei (pendakwah). Sampaikan kebaikan pada semua dan mencegah kemungkaran.


Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
Hadis sahih riwayat Muslim



Maksud dari hadis ini mencegah dengan tangan itu bermaksud menggunakan kuasa; contoh,seorang menteri yang berkuasa terhadap negeri : Menggunakan kuasa mengharamkan premis kelab2 hiburan seperti disko. Jika dia tidak mempunyai kuasa maka cegahlah dengan lidah bermaksud menggunakan nasihat; contoh, seorang sahabat dengan sahabat yang lain: kita nampak sahabat kita tak solat kita nasihati dia, tanya dia jika dia ada masalah dan pujuklah dengan cara yang paling lembut seperti kita melayan diri kita sendiri. Akhir sekali jika tak mampu juga gunakan hati iaitu dengan membenci maksiat yang dilakukan itu; contoh, apabila di khalayak ramai : anda pergi berjogging atau beriadah di taman dan anda nampak pasangan lelaki dan perempuan berdating . Anda tidak ada kuasa dan tak mampu memberi nasihat takut menjatuhkan air muka mereka cukuplah anda membenci perbuatan mereka dan berdoa agar mereka di beri petunjuk sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.



Be the light to other people darkness















Gambar dari filem The Amazing Spiderman 2 ini menunjukkan bagaimana seorang kanak2  yang berpakaian persis superhero kegemarannya menunjukkan keberanian untuk berhadapan dengan musuh ketika ketiadaan Spiderman. Ini adalah analogi yang baik bagaimana seseorang individu dapat mempengaruhi perbuatan orang lain. Apabila kita mempamerkan teladan yang baik pasti akan ada yang mengikut kita. Oleh itu, pamerkan perwatakan persis seorang super muslim teladani perwatakan nabi Muhammad saw kerana setiap perbuatan dan percakapan baginda adalah sunnah.



Barangsiapa menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku,
kemudian orang-orang mengerjakannya,
maka ia akan mendapatkan sebagaimana pahala orang yang mengamalkannya
tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala mereka.
Dan barangsiapa membuat kebid'ahan, kemudian kebid'ahan itu dikerjakan oleh orang lain,
 maka ia akan mendapatkan dosa sebagaimana dosa orang yg mengerjakannya.
Hadith Ibnumajah

Rasulullah adalah contoh paling terbaik mempamerkan 'the power of one' kuasa seseorang individu yang berjaya mempengaruhi dunia. Baginda telah di perakui nombor 1 sebagai orang paling berpengaruh sepanjang zaman dalam buku 'The 100 : A ranking of the most influential persons in history' karya Michael H. Hart. Perwatakan baginda yang mulia sejak kecil membuktikan tarbiah itu bermula dari diri sendiri. Baginda juga melakukan tarbiah dzatiah apabila sudah tidak tahan dengan amalan jahiliyyah masyarakat arab ketika itu, baginda lari mengasingkan diri di gua Hira' hingga baginda berusia 40 tahun ketika malaikat Jibril membawa wahyu pertama untuk baginda.

InsyaAllah saya akan kongsikan antara sunnah perwatakan Rasulullah di masa akan datang :)

Kindness is contagious so spread it no matter where you are :D



A hero with costume and powers












Setiap hero mestilah ada kostumnya sendiri betul tak? Jadi apa kostum anda? Anda tak perlu lah sampai pakai suit ala2 superman keluar rumah semata-mata ingin nampak macam superhero, nanti di panggil gila pula.  Secara mudahnya saya nyatakan di sini 'your attitude is your costume' perangai/ personaliti anda adalah kostum anda. Cukup dengan menutup aurat dengan sempurna dan bagi perempuan tidak tabaruj iaitu berhias secara berlebih-lebihan. Islam tidak melarang untuk berhias bahkan hukumnya harus tetapi jangan berlebihan kerana ia boleh menjadi haram. Antara contoh berhias secara berlebihan bagi muslimat ialah memakai wangian secara berlebihan, perkara ini banyak kali berlaku pada saya masa tengah jogging petang2 selisih je dengan muslimat bau dia perghh macam satu botol Victoria Secrets dia guna. Mungkin alasannya untuk menutup bau badan tetapi sekadar menutup bau sudah memadai tidak perlu berlebih. Pada pandangan saya nak berjogging tak perlu berwangian sama je berpeluh jugak dan bukan kah lagi bagus bila berbau lelaki pon tak nak ganggu jaga dah ikhtilat di situ :p (gurauan je).Berhiaslah tetapi untuk yang halal bagimu :D. Konklusinya, pakailah apa sahaja asalkan anda menutup aurat dan mengikut sunnah Rasulullah.













Dah ada kostum, apa 'power' anda? Saya definisikan di sini power sebagai kelebihan atau skill yang anda ada. Contoh, anda hebat bermain bermain futsal jadi itu adalah antara power anda. Oleh itu, gunakan power yang anda ada untuk menyebarkan kebaikan dan agama. Acano tu?? haha..Katakan anda adalah kapten pasukan dan anda main futsal dengan kawan tiba2 azan masuk waktu asar ,berhentikan game serta merta. Anda adalah kapten jadi gunakan tangan yakni kuasa untuk berhentikan permainan seketika untuk solat
dahulu kalau mereka bantah dan ingin terus bermain gunakan tangan sekali lagi, tampar sekor2 XP.

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi (s.a.w), namanya Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya: ‘Telah aku tanya akan Rasulallah (s.a.w), maka kataku: ‘Ya Rasulallah (s.a.w) apakah dari segala amal itu lebih utama?’ Sabdanya ialah: ‘Solat pada awal waktunya [yakni, apabila sudah masuk waktunya dan orangpun bang (azan), kamupun solat, maka dapatlah kamu amal yang lebih utama (afdhal) telah kamu buat]’. [Kemudian bertanya Ibn Mas’ud lagi]: ‘Apakah setengah daripada amal yang lebih utama lagi kemudian daripada solat awal waktu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabdanya: ‘Berbakti kepada kedua ibubapa.’ Berbakti kepada dua ibubapa itu lebih utama daripada solat-solat sunnat dan sedekah dan puasa (Ramadhan) dan haji dan umrah dan perang sabilillah. ‘Kemudian bertanya lagi aku [sambung Ibn Mas’ud lagi] akan Rasulallah (s.a.w), ‘Apa amal yang lebih afdhal kemudian daripada berbuat bakti kepada kedua ibubapa itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Katanya: ‘Perang sabilillah (yakni, berjihad di jalan Allah (a.w)’. Kemudian daripada habis tiga pertanyaanku kepada Rasulallah (s.a.w) itu, lalu diam Rasulallah (s.a.w) daripadaku. Tiada lagi apa-apa cakapnya.’ [Hadith hasssan dan sahih at-Termidzi] 

Dalam hadis ini Rasulullah menerangkan tentang amal yang paling utama dan di cintai Allah:

1) Solat Awal waktu
2) Berbakti kepada ibubapa
3) Berjihad di jalan Allah

Dahulukan 3 perkara ini dahulu sebelum perkara lain kerana tiada lagi utama. Bila kita mahukan seseorang menyukai kita mesti kita akan buat perkara yang si dia suka. Begitu juga bila hubungan kita dengan Allah, kalau nak Allah suka kita sayang kita buatlah perkara yang di sukai-Nya.

The Birth of A Hero


















Saya tak kuat, saya tak mampu untuk istiqomah, saya tak... Buang semua tak tu dan apa yang anda dapat? Saya kuat, saya mampu istiqomah, saya.. Negativity is a dream killer. Perjuangan itu memang payah tetapi payah itu hanya di dunia untuk kesenangan di akhirat nanti. Dalam proses tarbiah dzatiah memang anda akan berdepan pelbagai halangan dan rintangan, rakan2 akan mula mengata anda 'bajet' alim, imam celup dan pelbagai lagi tomahan untuk menjatuhkan moral anda. Antara ayat yang saya suka pakai "haters gonna hate but I ain't gonna care" pedulikan kata2 orang anda nak berubah jangan biarkan mulut orang menjatuhkan diri anda ke lembah jahiliyyah semula. Kadang2 perubahan itu sakit. Anda putus 'bercouple' dengan pasangan kerana takut sehingga menjadi fitnah dan maksiat. Ya, memang sakit ataupun anda kena tipu, pasangan anda ada lelaki/perempuan lain belakang anda pergh lagi sakit, ini dah masuk isu lain :p." A hero is born from painful experiences" kita cuba kaji superhero seperti Batman, The Flash dan Spiderman apa persamaan antara 3 hero ni. Ketiga-tiga mereka kehilangan orang yang mereka sayang iaitu ahli keluarga dalam sebuah tragedi .Tuntasnya, apabila anda rasa di sakiti atau di khianati mengadulah pada Allah moga dia beri kekuatan untuk menghadapi ujian dunia dan di kurniakan ganjaran syurga di akhirat kelak.



Superman boleh terbang,
Spiderman kejar bayang,
Bila dengar orang bang,
Cepat-cepatlah pergi sembahyang.

"Unleash the power in you and be the Superhero of Ummah."


Segala yang baik datang dari Allah dan khilaf itu disandarkan kepada diri saya sendiri yang masih membaiki diri. Semoga bermanfaat untuk semua dan moga kita di masuk kan ke dalam golongan yang mendapat redha-Nya InsyaAllah.

I'm batman~



Muhammad Khairul Nizzam Bin Samsudin
Ketua Unit Motivasi
Lajnah Akademik Rakan Masjid

rujukan: Kick start: Tarbiah Dzatiah
 ( Musyirah Zulkarnain)


Wednesday 25 February 2015

Renovate Hati untuk Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Hati. Satu organ dalam tubuh badan manusia yang sangat istimewa. Ia adalah raja kepada tubuh badan, yang mengarahkan setiap perbuatan harian kita. Ibaratkan tubuh badan ini adalah sebuah negara/kerajaan dan hati adalah rajanya jika baik raja tu maka baiklah pentadbiran sesebuah kerajaan itu begitu juga sebaliknya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


Apa rupa hati yang rosak?

antara tanda-tanda hati yang rosak..saya kongsikan 4 sahaja di sini.

1. Mengaku kenal Allah tapi tidak menunaikan hakNya.
Seseorang yang mengaku tiada Tuhan selain Allah tetapi tidak menunaikan hak-hak Allah. dengan erti kata lain tidak mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Dia percaya Allah itu wujud tetapi enggan menunaikan solat, tidak membayar zakat, bersikap zalim terhadap manusia dan makhluk lain dan gemar melakukan maksiat.

2. Mengaku cinta Rasulullah tapi meninggalkan sunnah.
Seseorang yang mengaku cinta pada Rasulullah tetapi tidak mengikut sunnah Baginda. Antara sunnah-sunnah yang mudah tapi sering di abaikan : makan dengan tangan kanan, duduk ketika minum, langkah kanan masuk masjid dan kiri apabila keluar. Perkara-perkara ini mungkin nampak remeh tetapi ini yang Rasulullah ajar kepada kita..(bukan susah pon nak ikot kan ;) )

3. Baca Al-quran tapi tidak memahami maksud dan beramal denganya.
Amalan membaca Al-quran itu memang baik tapi bukankah lagi baik bila kita paham maksud dalam Al-quran tu dan mengamalkannya dalam kehidupan kita. Nak memahami Al-Quran juga perlu berguru. Rujuklah dengan alim ulama yang sudah bertahun mempelajari Al-Quran.

4.Yakin mati itu pasti tapi tidak bersedia untuk menghadapinya.


Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.Al Anbiya': 35
mati itu pasti but are you ready? Masalah golongan muda marcapada ini  sering beri alasan yang mengatakan mereka masih muda perlu enjoy dulu nanti dah tua berubah lah..persoalannya yakin kah kita akan hidup hingga zaman tua? Ajal itu datang tanpa notice tanpa isyarat .bila-bila sahaja Izrail boleh datang untuk menarik nyawa kita..Oleh itu lengkapkan lah diri di dunia ini kerana ia hanya tempat persinggahan yang sementara untuk destinasi terakhir di akhirat sana.




Ada simptom-simptom hati rosak? Apa nak buat? 

1.Lakukan solat malam (Tahajjud)
Apabila selesai semua ibadah2 wajib ambil la masa malam kita untuk bangun melakukan ibadah sunat iaitu tahajjud..Antara waktu terbaik untuk tahajjud adalah pukul 3 pagi keatas ketika semua makhluk senang lena di buai mimpi bangunlah dan dirikan solat..Bercakap dan mengadulah pada Allah tentang masalah kita..sesungguhnya doa ketika solat malam itu ibarat panah yang tepat pada sasaran..sentiasa topup amalan kita dengan ibadah2 sunat..

2.Perbanyakkan puasa
 Dah selesai lakukan tahajjud bersahurlah untuk melakukan ibadah seterusnya iaitu berpuasa sunat..Puasa adalah benteng untuk melawan nafsu..buat la puasa sunat isnin dan khamis jadi kan ia sebahagian dari rutin hidup dengan niat agar ia dapat memberi kita kekuatan untuk melawan hawa nafsu insyaAllah.

3.Baca Al-Quran dan pahamkan maksudnya

Selepas seharian berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari teruskan lagi amalan sunat kita iaitu mengaji Al-quran..Antara masa yang sesuai untuk membaca Al-quran adalah selepas solat maghrib..Biasakan diri selepas selesai solat duduk di dalam masjid dan bacalah Al-quran dengan tafsirnya..Amalkan paling kurang sehari 1 mukasurat dengan tafsir sekali..

Dari shahabat An-Nawwas bin Sam’an Al-Kilabi radhiallahu ‘anhu berkata : saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Akan didatangkan Al-Qur`an pada Hari Kiamat kelak dan orang yang rajin membacanya dan senantiasa rajin beramal dengannya, yang paling depan adalah surat Al-Baqarah dan surat Ali ‘Imran, keduanya akan membela orang-orang yang rajin membacanya.”[HR. Muslim 805]

Dalam hadith ni Rasulullah memberitahu tentang 2 perkara:

1- rajin membaca Al-quran
2- rajin beramal dengan Al-quran

dan pada hari perhitungan al-quran 2 surah pertama iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali'Imran akan menjadi pembela kepada mereka yang rajin membaca dan beramal dengannya.

4.perbanyakkan zikir

Amalan zikir kita boleh lakukan bila2 masa sepanjang hari kita..contoh waktu petang kita keluar beriadah berjogging..dalam setiap langkah kita jogging tu biasakan berzikir di dalam hati..1 lap 1 jenis zikir lap pertama subhanaAllah lap ke-2 Alhamdulillah lap ke-3 Allahuakbar..Ni orang kata sambil menyelam minum air malah lagi baik..sambil menyihatkan tubuh badan kita membersihkan hati..Sambil bawa kereta boleh berzikir andai kata kita kemalangan nauzubillahminzaliq sekurang-kurangnya kata2 terakhir kita adalah pujian2 pada Allah..Perbanyakkan bertasbih dan berzikir kepada Allah agar hati menjadi tenang..Seluruh alam berzikir dan bertasbih kepada Allah apa alasan kita untuk tidak berzikir kepada Allah?..Apa bukti zikir dapat menenangkan hati?..Laut, angin, tumbuhan dan haiwan semua bertasbih..buktinya antara suasana pasar malam dengan suasana tepi laut mana yang menenangkan kita? jawapannya mestilah laut kan kalau anda rasa suasana pasar tu menenangkan anda maka anda sangat unik saranan saya pergi berjumpa doktor takut ade sel yang x berhubung XP...Berbalik pada soalan kenapa rasa tenang apabila berada di tepi laut rasa tenang apabila angin bayu meniup ke muka..Ini kerana mereka sedang berzikir dan bertasbih kepada Allah kita turut merasakan ketenangan tu..Tuntasnya perbanyakkan zikir agar hati kita menjadi tenang..

4.Bergaul dengan orang soleh
Apabila selesai kerja dunia kita hadirkan diri ke taman2 syurga iaitu majlis2 ilmu..Macam mana nak tahu orang tu soleh atau x? Hati manusia berbeza bukan tugas kita untuk melabel seseorang itu soleh ataupon x..tetapi  lihat la perbuatan, percakapan dan pemakaian mereka adakah berlandaskan sunnah nabi dan yang di ajar dalam islam..Kalau seseorang tu selalu keluar pergi ke pusat hiburan solehkah dia? Hakikatnya kita boleh menilai dengan mata sendiri tapi iringi dengan kata hati..lebih selamat bergaul dengan ustaz ataupon golongan veteran di masjid atau surau berdekatan rumah anda..

anatara hadith femes tentang memilih kawan..

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” (Riwayat Abu Daud)


Sebagai kesimpulannya kita manusia tidak ada yang sempurna tidak terlepas dari melakukan dosa..jadi sama2 kita memperbaiki hati mempertingkatkan kualiti ibadah sebelum menambah kuantiti..Atur langkah satu persatu persis menaiki tangga kita boleh lompat terus 3 atau 4 anak tangga tapi kebarangkalian untuk jatuh semula lagi tinggi jadi aturkan langkah mu..semoga kita di golong dalam kalangan orang yang mendapat redha Allah..

jumpe lagi ;D
pergi ke sawah menuai padi,
padi di proses menjadi beras,
perbaiki diri bersihkan hati,
peliharanya sebelum keras,

Wallahualam.

segala yang baik datang dari Allah dan segala kekhilafan disandarkan pada diriku yang masih belajar membaiki diri .